Home Sukan COVENTRY KEJUTKAN WOLVES

COVENTRY KEJUTKAN WOLVES

145
0

LONDON: Pasukan Liga Kejuaraan, Coventry City mengejutkan Wolverhampton Wanderers 3-2 menerusi dua gol pada masa kecederaan di suku akhir Piala FA sebentar tadi seterusnya menempah tempat ke separuh akhir buat pertama kali sejak 1987.

Pemain Coventry, Ellis Simms membuka jaringan di Stadium Molineux pada minit ke-53 apabila menyambar bola dari jarak dekat.

Rayan Ait-Nouri memberikan Wolves talian hayat pada minit ke-83 apabila meledak dari sudut dan Hugo Bueno tampak akan melengkapkan kebangkitan buat tuan rumah apabila menjaringkan gol lima minit kemudian.

Namun Simms menjaringkan gol kedua pada minit ke-97 dan Haji Wright kemudiannya mengecewakan tuan rumah tiga minit kemudian menerusi sepakan lencong ke penjuru gawang membuatkan penyokong, pasukan dan staf Coventry melonjak kegembiraan. – REUTERS,BH Online-

Imedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here