Home Sukan ENRIQUE ENGGAN JAWAB SOALAN PASAL MBAPPE

ENRIQUE ENGGAN JAWAB SOALAN PASAL MBAPPE

136
0

SAN SEBASTIAN, Sepanyol: Pengurus Paris Saint-Germain (PSG), Luis Enrique mengelak soalan bertalu-talu mengenai masa depan Kylian Mbappe di kelab Ligue 1 itu, menegaskan beliau lebih fokus terhadap aksi kedua pusingan 16 terakhir Liga Juara-Juara di kelab La Liga, Real Sociedad awal pagi esok.

Kapten Perancis, Mbappe, penjaring gol terbanyak sepanjang zaman kelab itu, masih belum beraksi perlawanan penuh sejak dia memaklumkan kepada PSG dia akan meninggalkan kelab itu sebagai ejen bebas hujung musim ini.

Sejak tampil dari bangku pemain simpanan untuk menjaringkan gol kemenangan menentang Nantes pada 17 Februari lalu, pemain berusia 25 tahun itu digantikan dalam dua aksi Ligue 1 berturut-turut yang mana PSG hanya mampu seri.

Dihujani dengan soalan mengenai Mbappe, Enrique jelas gelisah beberapa kali dan berjenaka dengan penterjemah UEFA beliau tidak benar-benar faham mengenai soalan itu.

“Terlalu mudah untuk menanganinya (soalan mengenai Mbappe), saya hanya menerima soalan yang diajukan wartawan dan menjawab apa saja yang saya mahu, itulah formula saya,” kata Enrique pada sidang akhbar di San Sebastian lewat malam tadi.

“Perlawanan ini terlalu penting jadi tiada sebarang komen (mengenai Mbappe).”

Enrique berazam untuk mengelak sebarang gangguan ketika PSG, yang mendahului 2-0 bagi aksi kedua menentang Real Sociedad, memburu tempat ke suku akhir Liga Juara-Juara.

“Aksi kedua Liga Juara-Juara semuanya sukar, keputusan yang kami ada baik, tetapi ia mengelirukan jika anda tidak tampil dengan sikap yang betul. Jika anda tampil tanpa tahu apa-apa, anda akan tenggelam, itulah yang saya cuba elakkan,” kata Enrique, menyedari suasana riuh rendah yang akan dihadapi PSG di Arena Reale yang mana semua tiket sudah habis dijual.

Pengurus Real Sociedad, Imanol Alguacil, pasukannya bergelut dengan prestasi sejak beberapa minggu lalu selepas hanya menang satu daripada sembilan aksi kompetitif mereka, yakin pasukannya boleh bangkit untuk menyingkirkan kelab gergasi Perancis itu.

“Kami mahu menyingkirkan PSG, sekurang-kurangnya saya yakin mengenainya. Harapnya selepas perlawanan kami semua bergembira meraikan kejayaan, ia pasti bagaikan satu ledakan bom,” kata Alguacil pada sidang akhbar.

– REUTERS,BH Online-

Imedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here