Home Luar Negara DUA MAHASISWA MAUT DIPANAH PETIR KETIKA BERKHEMAH

DUA MAHASISWA MAUT DIPANAH PETIR KETIKA BERKHEMAH

BANDUNG: Dua mahasiswa lelaki Fakulti Kejuruteraan Geologi, Universiti Padjajaran maut selepas disambar petir ketika sedang berkhemah di Tapak Perkhemahan Batu Kuda, di sini, pada Jumaat lalu.

Dalam kejadian itu, Mitzelion Rayi Adimastya Putra, 20 dan Bangkit Alyuda Prasetyo, 19 tahun meninggal dunia ketika dirawat di hospital.

Detik.com melaporkan, ketika kejadian mahasiswa berkenaan sedang berkhemah bersama dua ahli baharu kumpulan pencinta alam sebagai satu daripada tugasan yang perlu dilaksanakan.

Ketua Pesuruhjaya Polis Bandung, Kusworo Wibowo berkata, kumpulan itu tiba di lokasi kejadian kira-kira jam 4 petang (WIB) dan mendirikan khemah.

“Ketika kejadian, hujan lebat disertai petir. Mereka cuba keluar dari khemah, namun disambar petir menyebabkan tiga daripada mereka terbaring dan menjerit kesakitan.

“Mereka kemudian dibawa ke Hospital AMC, bagaimanapun Mitzelion dan Bangkit disahkan meninggal dunia, manakala seorang lagi penuntut Adinda Difa masih dirawat,” katanya kepada detikJabar. – AGENSI, HMertro Online –

IMedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here