RIYADH: Cristiano Ronaldo meledak gol ke-21 dirinya musim ini dan keempat dalam Liga Juara-Juara Asia ketika Al-Nassr menewaskan Al-Fayha 1-0 dalam aksi 16 terakhir.
Memetik laporan AGENSI menerusi berita harian,Dalam aksi di Stadium Putera Faisal bin Fahd, pemain 39 tahun itu bergelut di awal permainan untuk menembusi benteng kelab yang berada di tangga ke-14 Liga Pro Saudi.
Al-Fayha salah satu daripada dua pasukan di liga berkenaan yang berjaya menghalang Ronaldo daripada menjaringkan gol, dan ia seakan menjadikannya perlawanan ketiga.
Namun pada minit ke-81, Ronaldo melambung bola melepasi penjaga gol, Vladimir Stojkovic selepas bermain satu-dua dengan Marcelo Brozovic.
Di akhir babak pertama, Ronaldo berpeluang memecah kebuntuan, tetapi percubaannya diselamatkan Stojkovic. – AFP,BH Online-
Imedikel TV






