Home Segmen Kesihatan KAKI KEBAS TANDA AWAL PENYAKIT KRONIK

KAKI KEBAS TANDA AWAL PENYAKIT KRONIK

Oleh: Nur Athirah Azman@IMedikel TV

Adakah anda pernah merasakan kebas pada bahagian kaki? Ia bukan sekadar suatu keadaan yang bersifat ringan, tetapi juga isyarat yang boleh merengsakan kehidupan harian seseorang.

Ketahuilah bahawa rasa kebas kaki adalah kehilangan sementara sensasi pada anggota badan tersebut.

Umumnya, ramai yang kerap merasakan seperti kesemutan dan kebas terutama pada bahgian kaki dan tangan disebabkan tekanan pada urat saraf.

Ia sebenarnya disebabkan oleh gangguan pada saraf ketika seseorang duduk bersila atau bersimpuh dalam jangka masa yang lama.

Kebiasaannya individu yang merasakannya akan melakukan sedikit regangan bagi melegakan tekanan pada urat saraf tersebut.

Bagaimanapun, keadaan ini ditekankan agar orang ramai tidak memandang remeh sekiranya ia kerap berlaku.

Kebas yang dirasakan boleh jadi simptom yang serius bagi penyakit tertentu seperti:

  1. Sklerosis berganda (MS): Penyakit autoimun sistem saraf pusat yang menjadi kebas yang teruk sehingga pesakit tidak dapat berjalan dengan betul dan kesakitan dan kegatalan yang melampau.
  2. Kencing manis: Paras gula dalam darah yang tinggi boleh menyebabkan kerosakan saraf di luar otak dan saraf tunjang, pesakit akan berasa lemah dan kebas pada tangan dan kaki.
  3. Slip disc: Cakera tulang belakang menghimpit saraf tunjang yang menghubungkan otak dengan kaki sehingga tidak dapat menghantar maklumat rangsangan dan mengakibatkan kebas pada kaki pesakit.
  4. Kayap: Penyakit ini berlaku biasanya disebabkan oleh sistem imun seseorang terjejas dan rasa kebas pada saraf yang terjejas merupakan tanda-tanda awal kayap.

Selain itu, gejala kebas sementara juga boleh diatasi sendiri oleh individu yang merasainya dengan cara meletakkan ais pada kawasan yang kebas untuk mengurangkan gejala itu.

Namun begitu, individu yang melakukan cara ini perlu meletakkan lapisan lain antara kulit dan ais seperti kain.

Bukan itu sahaja aktiviti seperti menuam haba juga boleh dilakukan untuk melegakan otot dan meningkatkan bekalan dan aliran darah.

Di samping itu, individu yang berasa kebas juga perlu berehat dengan cukup, mengurut untuk melancarkan peredaran darah di bahagian kaki dan melakukan senaman berkala bagi mengekalkan gaya hidup sihat agar dapat mengurangkan simptom-simptom kebas dan sakit badan.

IMedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here