Home Luar Negara JUNTA MYANMAR KUAT KUASA UNDANG-UNDANG KHIDMAT TENTERA

JUNTA MYANMAR KUAT KUASA UNDANG-UNDANG KHIDMAT TENTERA

190
0

BANGKOK: Junta Myanmar menguatkuasakan undang-undang membenarkan tentera mengerah lelaki berumur 18 hingga 35 tahun dan wanita berumur 18 hingga 27 tahun berkhidmat selama sekurang-kurangnya dua tahun ketika ia bergelut menumpaskan tentangan terhadap rampasan kuasa 2021.

Myanmar bergolak sejak tentera merampas kuasa dengan protes prodemokrasi besar-besaran berubah menjadi penentangan bersenjata yang meluas.

Menerusi satu kenyataan, junta mengeluarkan pemberitahuan Undang-Undang Perkhidmatan Tentera Rakyat yang akan berkuat kuasa mulai 10 Februari depan.

Memetik laporan portal Thai PBS World, undang-undang itu digubal oleh junta sebelumnya pada 2010 tetapi tidak dikuatkuasakan.

Kenyataan itu tidak menjelaskan butiran lanjut. Bagaimanapun Kementerian Pertahanan junta akan mengeluarkan undang-undang kecil, prosedur, perintah pengumuman, pemberitahuan dan arahan yang diperlukan.

Di bawah undang-undang 2010, ketika darurat tempoh perkhidmatan di bawah perintah tentera boleh dilanjutkan sehingga lima tahun dan mereka yang mengabaikan kerahan untuk berkhidmat boleh dipenjara untuk tempoh sama.

Junta Myanmar mengumumkan keadaan darurat apabila ia merampas kuasa pada 2021, dengan tentera baru-baru ini melanjutkan perintah itu selama enam bulan lagi. – AGENSI, BH Online –

IMedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here