Home Luar Negara DOKUMENTARI ‘DIRTY VOTE’ SEBAHAGIAN DINAMIK POLITIK – NAIB PRESIDEN

DOKUMENTARI ‘DIRTY VOTE’ SEBAHAGIAN DINAMIK POLITIK – NAIB PRESIDEN

143
0

JAKARTA: Naib Presiden Indonesia, Ma’ruf Amin, berpendapat filem dokumentari ‘Dirty Vote’ di YouTube yang tular sejak kelmarin adalah sebahagian daripada dinamik politik di republik itu.

“Saya fikir itulah dinamik politik kita. Sudah tentu, jika yang menjadi objek adalah kerajaan, kerajaan akan memberi perhatian kepada suara-suara itu,” katanya di Istana Naib Presiden di sini semalam.

Beliau berpandangan suara dan aspirasi disebarkan ketika pemilihan umum (PEMILU) 2024 termasuk menerusi dokumentari perlu disahut dengan baik.

Beliau menegaskan perkara paling penting ialah pilihan raya berjalan dengan baik dan kebimbangan seperti polarisasi masyarakat tidak berlaku.

Katanya, pilihan raya tidak seharusnya menimbulkan permusuhan, tetapi meningkatkan kebaikan dan memperbaiki keadaan.

“Jangan biarkan pilihan raya menimbulkan masalah seperti perpecahan yang menyebabkan kemunduran kita,” katanya yang dilaporkan portal berita ANTARA.

Selain itu, Ma’ruf meminta semua pihak dan agensi berkaitan termasuk Suruhanjaya Pilihan Raya Umum (KPU) dan Badan Pengawas Pilihan Raya (BAWASLU) memastikan pilihan raya berjalan dengan baik dan adil serta saksama.

“Sudah ada pelaksana, saksi, dan semua memerhati di pusat pengundian. Harap-harap tidak berlaku kecurangan. Kita harap pilihan raya berjalan lancar,” katanya.

Dirty Vote diarahkan oleh Dandhy Dwi Laksono. Dalam satu kenyataan bertulis, Laksono berkata, filem itu adalah satu bentuk pendidikan kepada orang ramai untuk menggunakan hak mereka untuk mengundi esok.

Sehingga semalam, video itu ditonton sebanyak 4.2 juta kali dan menerima tanda suka oleh 248,000 pengguna YouTube. – AGENSI, BH Online –

IMedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here