Home Sukan IVORY COAST JUARA PIALA NEGARA-NEGARA AFRIKA

IVORY COAST JUARA PIALA NEGARA-NEGARA AFRIKA

161
0

ABIDJAN: Sebastien Haller menjaringkan gol kemenangan lewat permainan ketika Ivory Coast bangkit menewaskan Nigeria 2-1 pada final Piala Negara-Negara Afrika (AFCON) dan menjulang trofi benua itu buat kali ketiga.

Memetik laporan AGENSI menerusi berita harian,Nigeria seakan mampu mengulangi kemenangan 1-0 ke atas Ivory Coast di Stadium Olimpik Ebimpe pada peringkat kumpulan apabila kaptennya, William Troost-Ekong – yang menyempurnakan sepakan penalti pada pertemuan berkenaan – menanduk masuk gol pembukaan sebelum rehat.

Bagaimanapun, Franck Kessie kembali menyamakan kedudukan di pertengahan babak kedua dan Haller memanfaatkan hantaran lintang Simon Adingra pada minit ke-81 untuk gol kemenangan tuan rumah.

Kejayaan Ivory Coast tahun ini meletakkan mereka setanding dengan Nigeria pada tiga gelaran AFCON, selepas kejuaraan pada tahun 1992 dan 2015.

Hanya Mesir, Cameroon dan Ghana mengumpul lebih kejuaraan, dengan The Super Eagles terlepas peluang menyamai Ghana pada empat gelaran.

Diterajui oleh Pemain Terbaik Afrika, Victor Osimhen, Nigeria tampil sebagai pasukan paling mantap sejak kejohanan bermula bulan lalu.

Bagaimanapun Ivory Coast mengubah nasib mereka daripada hampir tersingkir di peringkat kumpulan kepada tuan rumah pertama memenangi AFCON sejak tahun 2006.

Didier Drogba menjadi kapten The Elephants ketika tewas penentuan penalti kepada Mesir dalam final di Kaherah 18 tahun lalu, dan kali ini dia berada dalam kalangan penonton menyaksikan kemenangan pasukannya di tanah air sendiri. – AFP,BH Online-

Imedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here