Home Segmen Kesihatan PERLU KERAP TUKAR LAMPIN BAYI, ATASI RUAM PANAS

PERLU KERAP TUKAR LAMPIN BAYI, ATASI RUAM PANAS

211
0

Oleh: Nur Athirah Azman@IMedikel TV

Kebiasaannya, si kecil tidak akan terlepas daripada diserang bitnik-bintik merah kecil atau lebih dikenali ruam panas.

Ia kerap berlaku kepada bayi dalam tempoh berpantang disebabkan keadaan persekitaran yang panas dan juga lembab.

Apabila berpeluh, ia terperangkap pada perlipatan kulit, dan keadaan ini akan menyebabkan ruam pada leher, pipi, dagu dan bahagian badan yang lain.

Mereka lebih mudah terdedah pada ruam panas kerana mempunyai kalenjar peluh yang lebih kecil dan tidak mampu mengawal suhu badan.

Tanda ketidakselesaan akibat ruam tersebut, menyebabkan bayi mudah menangis dan meraung dengan kuat.

Tanpa disedari ibu bapa, keadaan ini akan menyebabkan si kecil sakit dan pedih pada badan mereka terutama sekiranya ibu bapa lambat menukar lampin.

Oleh sebab itu, cara yang terbaik untuk mengurangkan kerengsaan pada bahagian tersebut ialah pastikan ia sentiasa kering dan kekerapan dalam menukar lampin.

Selain itu, ruam panas juga terbentuk apabila beberapa saluran peluh tersumbat terutama sekiranya bayi dihangatkan dalam inkubator, berpakaian terlalu tebal atau demam.

Punca lain yang mengakibatkan ruam panas seperti:

  • Panas, cuaca lembap.
  • Aktiviti yang menyebabkan berpeluh.
  • Memanaskan diri yang keterlaluan.
  • Rehat di atas katil yang berpanjangan.

Selain itu, orang dewasa juga perlu diingatkan untuk mengelakkan daripada mencium si kecil sesuka hati terutamanya ketika memakai mekap kerana sesetengah bahan mekap mempunyai kandungan bahan yang tidak sesuai untuk kulit bayi.

Sekiranya gemar memakai losyen tangan, berhenti memakai buat sementara waktu kerana ada kemungkinan bayi akan mengalami ruam akibat tindak balas kepada bahan kimia yang ada dalam produk itu.

Namun begitu, terdapat beberapa cara untuk menghilangkan ruam panas pada bayi :

  • Oat –  merupakan antara bahan rumah yang sangat tinggi kandungan antioksidan, sekali gus menjadikan ia kaedah terbaik untuk mengatasi ruam pada muka atau badan bayi.

  • Lidah buaya – bahan yang terbaik untuk merawat kulit bayi walaupun banyak gel lidah buaya dijual di pasaran, namun ia agak tidak selamat kerana boleh memberi kesan negative pada kulit oleh sebab itu, alternatif terbaik adalah mengekstrak gel aloe vera terus daripada daunnya.
  • Timun – Mempunyai ciri antiradang yang membantu dalam mengurangkan ruam pada kulit wajah. Dan oleh sebab ia bertindak balas secara lembut pada kulit sensitif, timun merupakan kaedah lebih digemari kebanyakan ibu bapa.
    • Minyak zaitun – minyak zaitun adalah pembersih semula jadi dan dapat melakukan tugas besar untuk membuang toksin dan alergik yang tidak diingini daripada kulit. Ia mengandungi bahan yang disebut sebagai oleocanthal yang membantu memberikan kelegaan pada sebarang keradangan kulit.

    IMedikel TV

    LEAVE A REPLY

    Please enter your comment!
    Please enter your name here