Home Luar Negara THAILAND AKAN HARAM GANJA UNTUK REKREASI

THAILAND AKAN HARAM GANJA UNTUK REKREASI

276
0

BANGKOK: Kerajaan Thailand akan segera mengemukakan rang undang-undang (RUU) bagi mengharamkan penggunaan ganja untuk tujuan rekreasi, kata Menteri Kesihatan hari ini selepas kerajaan menyahjenayah dadah itu pada 2022.

Ganja dikeluarkan daripada senarai narkotik terlarang pada Jun 2022 di bawah kerajaan terdahulu, termasuk parti Bhumjaithai yang pro-perundangan.

Menteri Kesihatan, Cholnan Srikaew, berkata RUU yang melarang penggunaan ganja untuk tujuan rekreasi akan dicadangkan kepada mesyuarat Kabinet minggu depan.

“RUU itu akan dipinda daripada yang sedia ada untuk membenarkan penggunaan ganja bagi tujuan kesihatan dan perubatan sahaja.
“Penggunaan untuk keseronokan dianggap salah,” katanya kepada pemberita.

Perdana Menteri Srettha Thavisin, yang memegang jawatan Ogos lalu, sering menyuarakan bantahannya terhadap penggunaan dadah itu sebagai rekreasi dan berkata ia hanya dibenarkan untuk kegunaan perubatan.

Terdapat tekanan baharu daripada orang ramai pada hujung minggu lalu selepas peserta rancangan kumpulan rock British Coldplay di Bangkok mengadu di media sosial mengatakan “keseluruhan konsert itu berbau ganja.” – AFP, BH Online –

IMEDIKEL TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here