Home Sukan GARNACHO, HOJLUND BUAT WEST HAM BERDUKA

GARNACHO, HOJLUND BUAT WEST HAM BERDUKA

171
0

MANCHESTER: Alejandro Garnacho meledak dua gol selepas Rasmus Hojlund menceriakan sambutan hari lahirnya yang ke-21 dengan jaringan bagi membolehkan Manchester United menewaskan West Ham United 3-0.

Memetik laporan AGENSI menerusi berita harian,Keputusan itu membolehkan Man United berada satu anak tangga di atas pasukan pelawat, berada di kedudukan keenam Liga Perdana Inggeris.

Mengekalkan momentum kemenangan 4-3 ke atas Wolverhampton Wanderers pada Khamis lalu, pasukan kendalian Erik ten Hag kini sudah mengumpul 38 mata selepas 23 perlawanan, ketinggalan lapan mata daripada penghuni tangga keempat carta.

Pasukan The Hammers pula berada di kedudukan ketujuh dengan 36 mata.

Hojlund meledak jaringan pada minit ke-23 sekali gus muncul selaku pemain termuda dalam sejarah pasukan di Old Trafford yang meledak gol secara berturut-turut dalam empat saingan Liga Perdana Inggeris .

Garnacho menambah kegembiran pasukan pada minit ke-49 sebelum meledak gol keduanya dalam perlawanan berkenaan pada minit ke-84. – REUTERS,BH Online-

Imedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here