Home Sukan ANTONY SELAMATKAN AIR MUKA UNITED

ANTONY SELAMATKAN AIR MUKA UNITED

NEWPORT, Wales: Manchester United terselamat daripada kejutan besar Newport County dalam Piala FA Inggeris ketika gol sulung Antony musim ini mencetus inspirasi kemenangan dramatik 4-2 ke atas kelab kerdil divisyen empat itu awal pagi tadi.

Memetik laporan AGENSI menerusi berita harian,Pasukan kendalian Erik ten Hag berdepan bahaya menjadi mangsa pembunuh gergasi selepas mensia-siakan pendahuluan dua gol di Rodney Parade.

Bruno Fernandes meletakkan United di depan dan gol pertama Kobbie Mainoo buat kelab itu menggandakan kelebihan mereka pada babak pertama pertembungan pusingan keempat itu.

Namun Bryn Morris merapatkan kedudukan buat Newport – kini di tangga ke-16 dalam Liga Dua – sebelum Will Evans mengejutkan United dengan gol penyamaan pada babak kedua.

Ketika United kelihatan goyah, Antony menjadi penyelamat tidak disangka-sangka apabila penyerang Brazil itu meledak gol pertamanya sejak April lalu selepas kempen sukar dicemari dengan persembahan buruk dan pertuduhan keganasan domestik yang dinafikannya.

Rasmus Hojlund melengkapkan kemenangan United apabila dia menyumbat masuk pada masa kecederaan.

Kemenangan United hadir selepas satu lagi hari bermasalah buat Ten Hag, yang menafikan perbalahan dengan Marcus Rashford.

Ten Hag, pasukannya menghuni tangga kelapan dalam Liga Perdana Inggeris dan tersingkir daripada Liga Juara-Juara, menjelaskan ketiadaan Rashford daripada pasukan itu dengan menyatakan dia “dilaporkan sakit.”

Bagaimanapun, laporan mendakwa penyerang England berusia 26 tahun itu berada di kelab malam di Ireland Utara pada petang Khamis, beberapa jam sebelum gagal menghadiri latihan pada Jumaat lalu.

Ditanya khusus mengenai perkara itu Ten Hag berkata: “Ia satu masalah dalaman. Saya akan menanganinya.” – AFP,BH Online-

Imedikel TV


LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here