LIVERPOOL, England: Jurgen Klopp mengakui keputusan seri 1-1 dengan Arsenal pada aksi Liga Perdana Inggeris awal pagi tadi tercemar dengan kecederaan serius dialami Kostas Tsimikas apabila pertahanan Reds itu bertembung dengan beliau.
Memetik laporan AGENSI menerusi berita harian,Anak buah Klopp kekal satu mata di belakang pendahulu Arsenal selepas penyerang Liverpool, Mohamed Salah memadamkan gol tandukan awal Gabriel Magalhaes di Anfield.
Namun bos Liverpool itu pasti menyesali insiden pelik yang menyebabkan Tsimikas terpaksa diketepikan dalam tempoh lama apabila dia mangalami patah tulang selangka.
Pertahanan kiri Greece itu diterjah penyerang Arsenal, Bukayo Saka pada lewat babak pertama sebelum dia menghenyak Klopp, yang berada di depannya di tepi padang.
Klopp turut terjatuh tetapi Tsimikas lebih parah apabila dia dilihat mengalami kecederaan bahu.
Ia satu tamparan buat Liverpool, yang sudah kehilangan pertahanan kiri pilihan utama Andrew Robertson kerana kecederaan bahu.
“Ia dibayangi dengan isu tulang selangka Kostas Tsimikas, pastinya patah, jadi dia akan diketepikan dalam tempoh yang lama,” kata Klopp. – AFP
-BH ONLINE-
Imedikel TV






