Home Buletin Semasa MILIKI LOT PERNIAGAAN, PELUANG TEMBUS PASARAN ANTARABANGSA MENERUSI IHH

MILIKI LOT PERNIAGAAN, PELUANG TEMBUS PASARAN ANTARABANGSA MENERUSI IHH

Oleh: Athirah Azman@I Medikel TV

KOTA BHARU: Warga Kelantan berpeluang memasarkan barangan jualan mereka ke pasaran antarabangsa menerusi International Halal Hub (IHH).

Ia sekaligus dapat meneruskan kesinambungan pasaran dalam dan luar negara.

Pengarah Noble Residences Sdn Bhd, Sazali Hasni berkata, pihaknya bersedia membantu peniaga di Kelantan mempromosikan barangan jualan ke pasaran antarabangsa.

Katanya, peluang dan keistimewaan tersebut diberi keutamaan buat mereka yang membeli lot perniagaan sekitar kawasan Bandar Baru Tunjong.

“Sekiranya hendak memasarkan ke luar negara dan tiada pengalaman kita sediakan bantuan dan panduan dari segi cara pembungkusan dan pasaran halal.

“Di samping itu, sekiranya ingin mengeksport barang daripada luar negara, kita ada sediakan juga perkhidmatan di mana, kita mempunyai empat rakan niaga di negara luar untuk mempromosikan barangan tersebut,” katanya ketika ditemui selepas Majlis Pra Pelancaran Noble IHH, di Bandar Baru Tunjong, di sini, baru-baru ini.

Katanya, peniaga di negeri Kelantan berpeluang berinteraksi serta berurusan dengan rakan di negara luar menerusi pensijilan halal.

Jelasnya, sebanyak 461 lot perniagaan dan 75 lot medan selera dibina dan setakat ini, lebih kurang 370 telah dimiliki oleh warga Kelantan.

“Perbezaannya kita di sini dengan lot di kawasan lain mungkin di sini kita mempunyai geran milik dan hak milik,” katanya.

Menurut Sazali, barangan tradisional di Negeri Che Siti Wan Kembang ini mempunyai permintaan tinggi dalam kalangan pelanggan di negara luar.

Namun demikian, segelintir peniaga di negeri ini, tidak didedahkan dengan cara untuk memasarkan barangan mereka ke pasaran antarabangsa.

“Mungkin mereka tidak terdedah dengan konsep pasaran halal jadi di sini kita sediakan kemudahan di mana peniaga-peniaga lot sini akan didedahkan dengan pasaran halal,” katanya.

Tambah beliau, warga Kelantan perlu mengambil kesempatan untuk memiliki lot perniagaan tersebut, seterusnya merebut peluang untuk dibantu oleh pihak Noble Residences Sdn Bhd.

Turut hadir, Pengarah Skim Koperasi Malaysia, Zainudin Mohamed.

I Medikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here