Oleh: Athirah Azman@I Medikel TV
JELI: Seramai 18 pelajar Kolej Komuniti, Jeli terlibat dalam Program Pertunjukan Hasil Pelajar Semester Akhir Sijil Fesyen dan Pakaian di Dewan Besar Kompleks UMNO, Bukit Nangka,di sini, pada Selasa.
Menurut kenyataan media, program itu bertemakan “Fashion Show-Romantic Revenge” yang mana pelajar tersebut perlu menonjolkan rekaan dan seni jahitan yang kreatif mengikut konsep tersendiri.

Program itu sekaligus dapat melatih pelajar serta mengetahui ruang lingkup pembelajaran di luar kelas dengan situasi kerja sebenar dalam kerjaya seperti “Event Management” dan “Fashion Production”.
Program itu dirasmikan Pengerusi Jawatankuasa Penasihat Kolej Komuniti Jeli, Norwahida Patuan.
Selain itu, kolej itu adalah Institut Pengajian Tinggi (IPT) yang berperanan menyediakan kemahiran dan latihan serta peluang pekerjaan yang berbeza dengan pengajian akademik di IPT lain.

Setakat ini, setiap tahun, pihaknya menerima kemasukan pelajar sebanyak dua kali dan memenuhi kualiti kebolehpasaran yang ditetapkan dalam dunia kerjaya pada masa kini.
Dalam pada itu, kadar kebolehpasaran pelajar lepasan kolej itu mencapai 97.2 peratus manakala kebolehpasaran graduan bagi pelajar SFP adalah 100 peratus pada tahun 2023.
Pihaknya turut menggubal kurikulum SFP agar dapat melahirkan lebih graduan yang berkualiti serta mempunyai sahsiah yang terpuji.

Hadir sama, kaunselor sekolah Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Jeli, PPD Tanah Merah, PPD Pasir Mas, PPD Machang, ibu bapa serta pelajar.
I Medikel TV






