Home Buletin Semasa KESIAPSIAGAAN KEMENTERIAN DAN AGENSI DALAM MENGHADAPI BENCANA BANJIR DI KUANTAN PAHANG

KESIAPSIAGAAN KEMENTERIAN DAN AGENSI DALAM MENGHADAPI BENCANA BANJIR DI KUANTAN PAHANG

PAHANG: Kementerian Kerja Raya (KKR) memperuntukkan sebanyak RM1.5 juta bagi pelaksanaan CIPR.

Menteri Kerja Raya, Datuk Sri Alexander Nanta Linggi, berkata CIPR adalah kerja-kerja meninggikan jalan dan menguatkan struktur pavemen jalan yang baru.

Beliau berkata demikian dalam tinjauan lawatan ke jalan Kuantan – Chukai, bagi meninjau kesiapsiagaan kementerian dan agensi dalam menghadapi bencana banjir di Kuantan, Pahang, pada Isnin.

Katanya cadangan pembaikan bagi menyelesaikan masalah ini adalah menerusi kaedah partial reconstruction (CIPR).

Menurut kenyataan media, jalan berkenaan berhadapan dengan situasi kerosakan iaitu mendapan dan delimination yang teruk akibat kerap berlaku banjir dan dilalui kenderaan berat lebih muatan.

Tegasnya, penyelenggaraan jalan raya sentiasa diberikan keutamaan oleh KKR serta menjadi agenda utama dalam inisiatif kempen myjalan yang merangkumi usaha untuk mengatasi pelbagai isu utama jalan raya seperti jalan rosak, masalah lampu jalan, perabot jalan dan sebagainya.

Kesiapsiagaan bagi menghadapi bencana termasuk banjir juga sentiasa menjadi keutamaan JKR, terutamanya dalam berhadapan dengan monsun timur laut dan musim banjir. – SUMBER KKR –

I Medikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here