Home Luar Negara SKANDAL KUTIPAN DANA: JEPUN TUKAR 4 MENTERI, ROMBAK KABINET

SKANDAL KUTIPAN DANA: JEPUN TUKAR 4 MENTERI, ROMBAK KABINET

TOKYO: Perdana Menteri Jepun Fumio Kishida memutuskan untuk menggantikan empat menteri dan 11 jawatan kementerian lain dalam kabinetnya kerana skandal berhubung dakwaan pembiayaan dana.

Akhbar Asahi pada Ahad melaporkan Ketua Setiausaha Kabinet Hirokazu Matsuno, Menteri Perdagangan Yasutoshi Nishimura, Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri Junji Suzuki dan Menteri Pertanian Ichiro Miyashita adalah antara yang diganti, turut termasuk timbalan menteri dan setiausaha parlimen.

Nishimura pada Ahad berkata beliau akan kekal dalam jawatan itu dan menyemak hasil kutipan dananya selepas laporan media mengenai rombakan kabinet yang akan berlaku berhubung dakwaan mengenai dana yang tidak dilaporkan.

15 pegawai yang akan dipecat itu tergolong dalam ‘puak Abe’ adalah dari Parti Liberal Demokratik, yang disiasat oleh pihak pendakwa kerana didakwa menyembunyikan lebih daripada 100 juta yen (RM3.2 juta) dana politik sepanjang lima tahun.

Kishida bersedia untuk mengadakan sidang akhbar pada hari Rabu pada penghujung sesi parlimen semasa untuk menjelaskan jawapan pentadbirannya. – REUTERS, HMetro Online –

IMEDIKEL TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here