Oleh: Afrizam Arif @Imedikel TV
KOTA BHARU – Kumpulan Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan (PKINK) mencapai keuntungan terkumpul sebelum cukai berjumlah RM91 juta yang diunjurkan bagi tahun ini.
Menteri Besar Kelantan, Datuk Mohd Nassuruddin Daud berkata, Perancangan Pelan Strategik PKINK 2019-2023 yang dirancang secara teliti serta teratur memberi hasil terhadap impak perkembangan dan kejayaan itu dicapai hasil.

Mohd Nassuruddin yang juga Pengerusi Lembaga Pengarah PKINK, bermula 2019, keuntungan sebelum cukai bagi Kumpulan PKINK adalah RM31 juta iaitu melebihi RM6 juta daripada sasaran awal RM25 juta yang ditetapkan.
“Bagi 2020 peningkatan keuntungan sebelum cukai adalah RM43 juta manakala bagi 2021 dan 2022 berjumlah RM77 juta bersamaan peningkatan sebanyak 79 peratus dari 2019.
“Pada tahun akhir pelan strategik ini, keuntungan terkumpul sebelum cukai yang diunjurkan ialah RM91 juta,” katanya dalam ucapan perasmian Majlis Sanjungan Budi Sentuhan Abadi Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan (PKINK) di sini, semalam.
Turut hadir, Ketua Pegawai Eksekutif PKINK, Ab Aziz Yunus yang menyampaikan Sumbangan Tabung Solidariti Rakyat Palestin peringkat Kumpulan PKINK sebanyak RM254,500.

Beliau berkata kumpulan itu turut melancarkan pelan perniagaan lima tahun seterusnya bermula 2024 hingga 2028 dengan unjuran kentungan terkumpul yang disasarkan pada tahun terakhir minumum RM175 juta.
“Bentuk sumbangan termasuk tunai dan antaranya bantuan pembaikian rumah, sekolah, institusi pondok dan pembinaan asrama.
“Bagi 2021 jumlah sumbangan CSR Kumpulan PKINK ialah RM14 juta, 2022 (RM11.7 juta) manakala 2023 ialah RM14.7 juta,” katanya.

I Medikel TV






