Home Luar Negara LELAKI SERANG PASANGAN PELANCONG DEKAT MENARA EIFFEL

LELAKI SERANG PASANGAN PELANCONG DEKAT MENARA EIFFEL

171
0

PARIS: Seorang maut dan dua lagi cedera selepas seorang lelaki menyerang beberapa pelancong berhampiran menara Eiffel, Paris, semalam.

Menteri dalam negeri Perancis, Gerald Darmanin, semalam berkata polis dengan menggunakan pistol pegun berjaya menahan lelaki warga tempatan berusia 26 tahun yang melakukan serangan.

Memetik laporan Reuters menerusi Berita Harian, untuk rekod, suspek pernah dijatuhi hukuman penjara empat tahun pada 2016 kerana merancang serangan lain dan berada dalam senarai pemerhatian perkhidmatan keselamatan Perancis.

Darmanin berkata, lelaki itu mengalami gangguan psikiatri.

Menurutnya suspek memberitahu polis dia kecewa kerana sangat ramai orang islam mati di Afghanistan dan Palestin. Dia juga kecewa dengan situasi di Gaza.

Serangan berlaku kira-kira jam 7 malam tadi apabila lelaki itu menyerang pasangan pelancong dengan pisau di Quai De Grenelle, tidak jauh dari menara Eiffel sehingga menyebabkan seorang warga Jerman cedera parah.

Suspek kemudian dikejar polis dan sempat menyerang dua individu lain dengan tukul sebelum ditahan.

Berikutan itu, pejabat pendakwa antikeganasan memaklumkan pihaknya bertanggungjawab untuk menjalankan siasatan.

Insiden berlaku kurang lapan bulan sebelum paris menjadi tuan rumah sukan olimpik, sekali gus menimbulkan persoalan mengenai tahap keselamatan di temasya sukan global itu. -REUTERS, BH ONLINE-

IMEDIKEL TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here