Oleh: Nur Athirah Azman, I Medikel TV
KOTA BHARU: Syarikat Bio Tajmeel berbesar hati untuk menjalinkan kerjasama dengan I Medikel Pharma Holding Berhad (IMPHB) dalam aktiviti pengilangan produk kesihatan serta kosmetik.
Penolong Pengurus Jabatan Pemasaran Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK), Yusri Yaakub berkata, terdapat peluang yang besar bagi kedua syarikat itu memandangkan mereka mempunyai matlamat yang akan bergerak seiring dan segaris dalam mengeluarkan produk yang terbaik.


“Kedua syarikat ini berkolaboratif dalam menyediakan produk kesihatan yang baik, berkualiti dan selamat kepada pelanggan.
“Kerjasama ini perlu dilaksanakan secara berterusan serta diselesaikan secepat mungkin agar keberjayaan di masa depan boleh pantas dicapai,” katanya.

Yusri menyarankan agar perbincangan antara kedua syarikat itu segera dimeterai untuk memberi keuntungan yang bermanfaat terhadap pelanggan.
I Medikel TV






