Home Buletin Semasa PPS SK TOK DEH REKOD 31 MANGSA BANJIR

PPS SK TOK DEH REKOD 31 MANGSA BANJIR

225
0

Oleh: Nur Athirah Azman, Wartawan I Medikel TV

RANTAU PANJANG: Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Sekolah Kebangsaan Tok Deh, di sini, merekodkan jumlah mangsa banjir seramai 31 orang membabitkan 10 keluarga.

Pegawai Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) daerah Pasir Mas, Kapten (PA) Mohd Arif Mohd Zain, berkata setakata ini kawasan yang dinaiki air termasuk di Kampung Tersang, Jalan Kampung Tersang dan Kampung Bendang Parol, To’ Deh.

APM Kelantan juga melaporkan paras air Sungai Golok di Rantau Panjang sudah mulai surut dan berada pada paras amaran iaitu 8.93meter hari ini.

Sementara itu, jalan Pengkalan Rakit – Batu Karang berdekatan Masjid Padang Licin ditutup kepada semua kenderaan akibat banjir.

Anggota APM sentiasa membuat pemantauan paras air semasa di Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Jambatan Lubok Jong, Gate Air Batu Hampar dan Kampung Air Muleh bagi mengenalpasti kawasan banjir di negeri ini.

Pihaknya juga membuat pemantauan di kawasan JPS Rantau Panjang, Kampung Lanchang, Kampung Tersang, Kampung Padang Licin dan Kampung Tok Deh bagi memastikan keselamatan penduduk kampung yang dinaiki air.

Pihaknya juga meletakkan papan tanda amaran pada tempat yang berpotensi dinaiki air banjir.

I Medikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here