Home Luar Negara 5 PEJUANG HIZBULLAH TERBUNUH

5 PEJUANG HIZBULLAH TERBUNUH

203
0

BEIRUT: Lima pejuang Hizbullah, termasuk seorang anak lelaki anggota kanan kumpulan itu terbunuh, akibat serangan rejim Zionis dekat kampung Beit Yahoun di selatan Lubnan, pada petang Rabu.

Perkembangan itu dimaklumkan Hizbullah dan tiga sumber yang maklum mengenai serangan terbabit.

Kumpulan berkenaan pada malam Rabu, mengumumkan kematian lima ahlinya, menjadikan jumlah pejuang Hizbullah terbunuh sejak keganasan meletus di sempadan meningkat kepada 85 orang.

Sumber berkata, antara yang terbunuh ialah anak kepada tokoh kanan Hizbullah, Abbas Raad serta Ahli Parlimen, Mohammad Raad yang dikenakan sekatan oleh Amerika Syarikat, pada 2019.

Menurut dua sumber Hizbullah dan satu sumber keselamatan, kelima-lima mangsa terbunuh dalam serangan Israel di kampung Beit Yahoun.

Bedilan roket meningkat ketara di antara rejim zionis dan Hizbullah di sepanjang sempadan Lubnan berikutan serangan pada 7 Oktober lalu.

Sementara itu, rejim Zionis dalam kenyataan berkata, jet pejuangnya menyerang infrastuktur Hizbullah di Lubnan, manakala tentera dan pesawatnya menyerang dua sel yang melancarkan atau cuba melancarkan serangan ke arah Israel.

Rejim Zionis enggan mengulas berhubung laporan beberapa mangsa terbunuh, mahupun tempat serangan. – REUTERS, BH Online –

IMEDIKEL TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here