Home Sukan KYRGYZSTAN MENANG,MALAYSIA UNGGULI KUMPULAN D

KYRGYZSTAN MENANG,MALAYSIA UNGGULI KUMPULAN D

KUALA LUMPUR: Berita gembira berganda buat penyokong Harimau Malaya yang menonton kemenangan tipis 1-0 ke atas Taiwan pada aksi kelayakan Piala Dunia 2026 zon Asia di Taipei malam tadi.

Apa tidaknya, anak buah Kim Pan Gon kini mendahului Kumpulan D selepas dua perlawanan pertama apabila Kyrgyzstan mengejutkan pasukan ranking ke-72 dunia Oman 1-0 di Bishkek lewat malam tadi menerusi gol jaringan Odiljon Abdurakhmanov pada minit ke-49.

Memetik laporan menerusi berita harian,Malaysia, yang bangkit menundukkan Kyrgyzstan 4-3 di Bukit Jalil Khamis lalu, satu-satunya pasukan tanpa kalah selepas dua perlawanan dengan mengumpul enam mata, manakala Oman, yang menundukkan Taiwan 3-0 pada aksi pertama, menghuni tangga kedua menerusi perbezaan gol berbanding Kyrgyzstan.

Taiwan pula di tangga tercorot kumpulan itu selepas kalah kedua-dua perlawanan pertamanya.

Malaysia berkelebihan dua jaringan selepas mengumpul lima gol dan dibolosi tiga kali manakala Oman (3-1) dan Kyrgyzstan (4-4).

Selepas beraksi pada pusingan akhir Piala Asia di Qatar Januari depan, Harimau Malaya akan menentang Oman pada aksi ketiga kelayakan Piala Dunia 2026/Piala Asia 2027 di Muscat pada 21 Mac tahun depan.-BH ONLINE-

Imedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here