PARIS: Portugal menamatkan kempen kelayakan Euro 2024 dengan rekod 100 peratus selepas menewaskan Iceland 2-0.
Bruno Fernandes dan Ricardo Horta menjaringkan gol untuk skuad kendalian Roberto Martinez yang menamatkan saingan Kumpulan J dengan 10 kemenangan dalam semua perlawanan.
Memetik laporan AGENSI menerusi berita harian,Juara edisi 2016 itu antara pasukan pilihan untuk memenangi kejuaraan kali ini – yang bakal menjadi penampilan terakhir Cristiano Ronaldo di pentas antarabangsa.

Slovakia menamatkan saingan lapan mata di belakang Portugal untuk menghuni tempat kedua selepas kemenangan 2-1 ke atas Bosnia dan Herzegovina di Zenica.
Luxembourg, yang akan menyertai pusingan play-off, ketinggalan lima mata di belakang Slovakia selepas kemenangan 1-0 di Liechtenstein.
Sebelum itu, Serbia turut layak buat pertama kali sebagai negara merdeka, selepas empat kali gagal melakukannya, dengan keputusan 2-2 menentang Bulgaria.
Serbia menamatkan saingan Kumpulan G di tempat kedua di belakang Hungary, yang memusnahkan impian Montenegro untuk layak dengan menewaskan mereka 3-1 di Budapest. – AFP-BH ONLINE-
Imedikel TV






