Home Luar Negara BELUM ADA PERJANJIAN ANTARA ISRAEL, HAMAS – RUMAH PUTIH

BELUM ADA PERJANJIAN ANTARA ISRAEL, HAMAS – RUMAH PUTIH

127
0

WILMINGTON, DELAWARE: Israel dan Hamas masih belum mencapai perjanjian mengenai gencatan senjata sementara, kata jurucakap Rumah Putih.

Amerika Syarikat (AS) terus berusaha untuk mendapatkan perjanjian antara kedua-dua pihak, kata jurucakap itu. Pegawai AS mengesahkan tiada perjanjian telah dicapai.

Terdahulu Washington Post melaporkan perjanjian yang diuruskan oleh Qatar antara Israel dan Hamas telah dicapai untuk gencatan senjata selama lima hari sebagai pertukaran untuk 50 atau lebih tebusan.


“Belum ada perjanjian tetapi kami terus bekerja keras untuk mendapatkan perjanjian,” kata Adrienne Watson, jurucakap Majlis Keselamatan Negara Rumah Putih, dalam satu kenyataan.

Israel berikrar memusnahkan Hamas selepas serangan kumpulan pejuang itu pada 7 Oktober.

Ketika konflik memasuki minggu ketujuh, pihak berkuasa di Semenanjung Gaza yang diperintah Hamas meningkatkan angka kematian mereka kepada 12,300, termasuk 5,000 kanak-kanak.

Israel berkata bahawa ia sedang bersedia untuk meluaskan serangan terhadap Hamas ke selatan Gaza selepas serangan udara membunuh berpuluh-puluh rakyat Palestin termasuk orang awam yang berlindung di dua sekolah. – REUTERS, BH Online –

IMEDIKEL TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here