Home Sukan BLANC CALON CEO BAHARU MAN UNITED

BLANC CALON CEO BAHARU MAN UNITED

114
0

MANCHESTER: Manchester United dilaporkan mahu mendapatkan Jean-Claude Blanc sebagai Ketua Pegawai Eksekutif baharu mereka.

Semalam United mengumumkan yang Richard Arnold melepaskan jawatan berkenaan selepas 16 tahun bersama kelab.

Memetik laporan AGENSI menerusi berita harian,Arnold diganti sementara oleh Patrick Stewart dan Blanc dikatakan antara calon yang akan mengisi jawatan di Old Trafford itu.

Blanc ketika ini memegang jawatan di syarikat milik Jim Ratcliffe, INEOS. Jutawan British itu dijangka menyempurnakan perolehan 25 peratus saham Manchester United dalam masa terdekat.

Blanc, 60, mempunyai pengalaman dalam bola sepak dan pernah bersama Paris Saint-Germain serta Juventus.

Dia memegang jawatan sebagai eksekutif pemasaran ketika di Paris dan menjadi Ketua Pegawai Eksekutif di Juventus. – AGENSI-BH ONLINE-

Imedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here