Oleh: Nur Athirah Azman, Wartawan I Medikel TV
Dekad Bahasa Kebangsaan (DBK) adalah pelan komprehensif untuk menjadikan bahasa melayu sebagai bahasa utama di Malaysia.
Pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) Wilayah Timur, Ariza Ismail, berkata, DBK dilaksanakan selama 10 tahun bermula tahun 2021 hingga 2030.

“Dalam sepanjang 10 tahun itu pelbagai kegiatan kita laksanakan untuk menyokong pelan tersebut supaya pada tahun 2030 nanti kita nak tengok dalam 10 tahun tu pencapaian bahasa kebangsaan kita.”
Ariza berkata Karnival Semarak Bahasa Bulan Bahasa Kebangsaan adalah kesinambungan dalam pelaksanaan DBK.
“Program hari ni kita namakan Karnival Semarak Bahasa Bulan Bahasa Kebangsaan jadi sebenarnya bulan bahasa kebangsaan pada tahun ini menjadi satu tumpuan pelaksanaan Dekad Bahasa Kebangsaan.”
Beliau berkata demikian kepada pemberita pada sidang media selepas program Karnival Semarak Bahasa Bulan Bahasa Kebangsaan sempena Dekad Bahasa Kebangsaan di Mydin Mall Tunjong, di sini, pada Sabtu.

Jelas beliau, pihaknya turut mengadakan pertandingan koir bagi memantapkan perasaan cinta terhadap bahasa di kalangan kanak-kanak.
Ariza berkata, seramai 100 penyertaan orang ramai yang jelas menampakkan perasaan sayang terhadap bahasa melayu.


Turut hadir, Timbalan Setiausaha Kerajaan (SUK) Kelantan, Datuk Tuan Zainal Abidin Tuan Yusuf bagi merasmikan karnival tersebut.
Selain itu, terdapat juga artis jemputan Sabri Yunus dan Emie Sukmasari yang memeriahkan lagi karnival itu.
I Medikel TV






