Home Luar Negara AS, QATAR BINCANG BEBASKAN TEBUSAN HAMAS

AS, QATAR BINCANG BEBASKAN TEBUSAN HAMAS

WASHINGTON: Amerika Syarikat (AS) berterusan mendesak supaya semua tebusan dalam tahanan pejuang Hamas dibebaskan.

Memetik laporan AGENSI menerusi Berita Harian, perkembangan itu dikongsikan Presiden AS, Joe Biden ketika berbincang mengenai perkembangan di Gaza bersama Emir Qatar, Sheikh Tamim bin Hamad Al Thani, pada Ahad.

Rumah Putih berkata, Biden secara jelas mengutuk tindakan Hamas menahan tebusan antaranya kanak-kanak, termasuk seorang warga AS berusia tiga tahun yang ibu bapanya maut akibat serangan pada 7 Oktober lalu.

“Kedua-dua pemimpin bersetuju semua tebusan perlu dibebaskan segera,” katanya dalam kenyataan.
REUTERS minggu lalu, melaporkan Qatar mengetuai usaha rundingan mengenai tebusan di antara Hamas dan pegawai Israel. 

Sementara itu AFP melaporkan, Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu, ketika bercakap kepada media Amerika Syarikat (AS), berkata mungkin ada perjanjian membebaskan sebahagian daripada kira-kira 240 tebusan, dipercayai ditahan di Gaza selepas lebih lima minggu serangan pada 7 Oktober lalu.

Netanyahu bagaimanapun enggan memberi sebarang ulasan lanjut berhubung perkara itu. – AGENSI, BH Online –

IMEDIKEL TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here