Home Sukan SAYA SEORANG PEJUANG-TEN HAG

SAYA SEORANG PEJUANG-TEN HAG

LONDON: Erik ten Hag berjanji beliau akan tetap “berjuang” selepas Manchester United kalah 3-0 kepada Newcastle pada aksi Piala Liga Inggeris di laman sendiri sekali gus meningkatkan tekanan terhadapnya.

Kekalahan pada pertembungan ulangan final musim lalu – yang mana United menang dalam musim sulung kendalian jurulatih dari Belanda itu – bermakna United kalah lapan daripada 15 perlawanan pertama dalam semua pertandingan musim ini, permulaan terburuk mereka sejak kempen 1962-63.

Memetik laporan AGENSI menerusi berita harian,Gol sumbangan Miguel Almiron, Lewis Hall dan Joe Willock menyaksikan kekalahan 3-0 berturut-turut di laman sendiri buat United, yang tunduk dengan jaringan sama di tangan musuh ketat Manchester City Ahad lalu dan mereka dicemuh sebelum rehat dan selepas tamat perlawanan ketika Ten Hag berdepan beberapa persoalan serius.

“Saya seorang pejuang dan saya sedar ia tidak sentiasa akan meningkat,” katanya.

“Kami berdepan banyak halangan setakat ini musim ini, tetapi anda perlu menanganinya dan tidak menjadikannya sebagai alasan.

“Saya sudah katakan sebelum ini apabila ada rintangan rutin harian akan berbeza, tetapi anda tetap perlu mendapat keputusan yang dimahukan. Jelas, Ahad dan malam ini kami jauh daripadanya jadi kami perlu bertindak baik dan di satu tahap, mungkin tahap paling minimum untuk memenangi perlawanan.”

Persoalan mengenai Ten Hag sudah diperkatakan selepas kekalahan pada aksi jiran setempat Ahad lalu yang menyebabkan United ketinggalan 11 mata di belakang pendahulu Liga Perdana Inggeris selepas 10 perlawanan.

Bekas bos Ajax itu berkata, beliau menerimanya tetapi menegaskan beliau tidak ragu-ragu mengenai keupayaan sendiri.

“Saya faham apabila keputusan tidak memihak kepada kami,” katanya.

“Ia juga satu proses logik mereka mempersoalkan mengenainya. Tetapi saya yakin saya boleh melakukannya. Di semua kelab saya sebelum ini, saya sudah melakukannya dan juga tahun lalu di sini saya melakukannya juga, tetapi ketika ini kami berada di tempat yang teruk.

“Saya mengambil tanggungjawab ini. Saya lihatnya sebagai satu cabaran. Saya seorang pejuang dan saya dalam pertarungan itu. Saya perlu memastikan saya berkongsi tanggungjawab dengan pemain saya dan kami bersatu padu serta berjuang bersama sekali gus meraih keputusan lebih baik.” – AGENSI

-BH ONLINE-

Imedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here