Home Luar Negara 9 MAUT KILANG BUNGA API HARAM MELETUP, PEMILIK DITAHAN POLIS

9 MAUT KILANG BUNGA API HARAM MELETUP, PEMILIK DITAHAN POLIS

8
0

HYDERABAD: Sembilan orang terkorban dalam kejadian letupan di sebuah kilang bunga api di negeri Gujarat, India pada Sabtu.

Memetik laporan Bernama menerusi Harian Metro, enam mangsa lain turut mengalami kecederaan akibat letupan di “Talent Fireworks” yang terletak di kawasan Vastral, Ahmedabad, lapor media tempatan.

Premis itu dilaporkan beroperasi tanpa lesen yang sah, menyebabkan pemiliknya ditahan oleh pihak polis.

Perdana Menteri Narendra Modi menyampaikan ucapan takziah lalu mengumumkan bantuan kewangan sebanyak 200,000 rupee (sekitar RM8,490) daripada Tabung Pelepasan Kebangsaan Perdana Menteri (PMNRF) kepada waris setiap mangsa yang meninggal dunia.

Ketua Menteri Bhupendra Patel menyatakan bahawa kerajaan negeri Gujarat akan menyalurkan bantuan berjumlah 400,000 rupee (sekitar RM16,980) kepada setiap keluarga mangsa yang terkorban. 

Bencana berkaitan bunga api kerap berlaku di India ekoran tapak pembuatan yang sering mengabaikan langkah keselamatan tempat kerja atau beroperasi tanpa permit. – BERNAMA, HMetro Online –

IMedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here