Home Buletin Semasa 80 PERATUS VETERAN ATM MEMILIH KEUSAHAWANAN SEBAGAI KERJAYA KEDUA

80 PERATUS VETERAN ATM MEMILIH KEUSAHAWANAN SEBAGAI KERJAYA KEDUA

164
0

Oleh: Nur Athirah Azman, Wartawan Imedikel TV

KOTA BHARU: Sebanyak 80 peratus veteran Angkatan Tentera Malaysia (ATM) memilih bidang keusahawanan sebagai kerjaya kedua mereka selepas pencen.

Timbalan Menteri Pertahanan, Adly Zahari, berkata latihan dan bantuan akan disediakan kepada veteran yang berjaya menceburi bidang keusahawanan.

“Kebanyakan pesara ini hampir 80 peratus memilih bidang keusahawan kerana mereka mungkin sudah lama berkhidmat 21 tahun di perkhidmatan awam terutamanya di ATM dari segi fizikal dan komitmen yang tinggi jadi kebanyakan mereka memilih keusahawan,”katanya ketika sidang media Program Peduli Veteran ATM di PejoMotor Sport Kampung Bechah Kura, Melor, di sini.

Adly Zahari (kiri) beramah mesra bersama salah seorang veteran ATM yang menceburi bidang keusahawanan Nik Mohd Fahizul Nik Mohamad Mustapha.

Adly berkata veteran ATM yang memilih bidang keusahawanan sebagai kerjaya kedua akan dipantau selama tempoh lima tahun.

“Kalau kita lihat daripada 22 ribu yang kita pantau sekarang ini hamper enam ribu tidak memberikan respon jadi sebahagiannya sudah bekerjaya dalam 30 hingga 40 peratus.

“Jadi kalau kita lihat kepakarannya itu sebenarnya memberikan kejayaan kepada beliau saya fikir kita di ATM sentiasa memberikan pengetahuan kepada anggota kita dan akan pastikan mereka berjaya di kerjaya kedua ini membuktikan mereka boleh berjaya,”katanya.

Adly Zahari berkata sesi dialog akan membincangkan isu dan masalah yang berbangkit.


 Pada masa sama Adly berkata pihaknya juga mengadakan sesi dialog di Kedai Roti Canai milik veteran ATM di Pasir Putih.

Katanya pada sesi dialog ini mereka akan membincangkan isu dan masalah yang berbangkit dan pihaknya akan cuba mencari jalan penyelesaian.

“Hari ini kita adakan dialog bersama persatuan veteran. Biasanya kita turun ke negeri-negeri kita akan adakan sesi dialog untuk merungkai sebarang isu semasa yang boleh kita tambah baik dan kit akan selesaikan dan bincang dengan veteran.

“Antara isu terkini adalah isu yang melibatkan kesihatan kalau kita lihat veteran yang tidak berpencen memang dibawah tanggungjawab Jabatan Hal Ehwal Veteran (JHEV). Manakala ada veteran berpencen di bawah tanggungjawab Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dari segi isu kelewatan tuntutan,”katanya.

Adly Zahari menyerahkan sijil penghargaan kepada veteran ATM Nik Mohd Fahizul Nik Mohamad Mustapha.

Beliau berkata tugas mereka adalah untuk merapatkan lagi hubungan antara Persatuan Veteran dan JHEV.

Menurutnya pihaknya membantu menyelesaikan isu bantuan sara hidup juga untuk menambah pendapatan mereka.

“Sebenarnya kos sara hidup ini tidak kira anggota itu berpencen atau tidak berpencen.”katanya.

Sehingga kini Adly berkata seramai 200,000 veteran ATM berdaftar. Daripada 200,000, 79,000 tidak berpencen dan selebihnya berpencen.

Tambahnya, pihaknya akan sentiasa menambah baik polisi dari semasa ke semasa.

Imedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here