LOS ANGELES: Lebih 80 juta penduduk atau hampir satu pertiga daripada penduduk Amerika Syarikat (AS) diletakkan dalam amaran haba berikutan gelombang haba melampau yang terus melanda di seluruh negara, lapor Xinhua.
Suhu tiga angka dijangka memberi kesan kepada penduduk di Barat dan Selatan negara itu, dengan beberapa bandar dijangka memecahkan rekod haba pada hujung minggu akan datang, menurut Perkhidmatan Cuaca Kebangsaan (NWS) AS.
Nasihat haba, amaran haba melampau dan pemantauan haba tinggi dikeluarkan untuk negeri-negeri California, Nevada, Arizona, New Mexico, Louisiana, Texas, Arkansas, Mississippi, Alabama, Oklahoma dan Florida.
Suhu di beberapa kawasan padang pasir melonjak melepasi 48 darjah Celsius pada siang hari dan kekal pada tahap 90 darjah semalaman.
Suhu di Death Valley California mencecah setinggi 53.3 darjah Celsius pada Ahad, menurut NWS.
Gelombang haba adalah antara keadaan cuaca ekstrim yang melanda AS, selain ribut petir, ribut tropika dan asap kebakaran yang turut memberi kesan kepada beberapa kawasan di negara itu.
BERNAMA
XINHUA
BH Online
Imedikel TV






