Home Buletin Semasa 780KG HASIL HUTAN DIRAMPAS

780KG HASIL HUTAN DIRAMPAS

Oleh: Nik Nur Zakia Abdullah@IMedikel TV

JERTEH: Pasukan Gerakan Am (PGA) merampas hasil hutan yang didapati secara haram dalam Op Bersepadu Khazanah, di Kampung Padang Landak, di sini, pada Isnin.

Menurut saatu kenyataan, semasa pasukan polis tiba di lokasi, terdapat tiga lelaki dan seorang perempuan sedang memunggah hasil hutan masuk ke dalam kenderaan.

“Hasil pemeriksaan mendapati terdapat lebih 780kg hasil hutan seperti kayu yang sudah dipotong ditemui dalam kenderaan tanpa dokumen yang sah.

“Pemandu lelaki berumur 51 tahun dipercayai menjadi penghantar hasil hutan tersebut untuk dijual ke pasaran tempatan.

“Anggaran nilai rampasan bernilai RM78,000 dan kes disiasat dibawah Seksyen 84(1) Akta Perhutanan Negara 1984. Barang rampasan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Besut dan Jabatan Perhutanan Terengganu untuk tindakan selanjutnya,”menurut kenyataan itu.

IMedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here