RAMALLAH: Sekurang-kurangnya enam orang terbunuh awal pagi tadi dalam serangan udara Israel di Jenin di Tebing Barat yang diduduki penduduk Palestin, kata Kementerian Kesihatan Palestin.
Terdahulu, agensi berita rasmi Palestin, Wafa, melaporkan sepasukan besar tentera Israel sedang dalam perjalanan ke Jenin, menyusuli kempen pengeboman besar-besaran.ds by
Keganasan turut meningkat di Tebing Barat sejak Hamas menyerang Israel pada 7 Oktober lalu, menyebabkan sekitar 1,140 penduduk Yahudi terbunuh.
Serangan balas Israel pula setakat ini mengorbankan 22,722 penduduk palestin, kebanyakannya wanita dan kanak-kanak, manakala Di Tebing Barat, 327 warga Palestin terbunuh setakat ini, menurut Kementerian Kesihatan Gaza.
Pekan Jenin dan kem pelarian di sekitarnya berulang kali menjadi sasaran bedilan tentera Israel.
Dalam pada itu, Setiausaha Negara Amerika Syarikat (AS), Antony Blinken, yang kini dalam rangka lawatan ke Asia Barat, dijadualkan melawat Tebing Barat minggu depan, dalam usaha meredakan ketegangan yang semakin memuncak, merebak melepasi sempadan Gaza. – AGENSI, BH Online –
IMEDIKEL TV






