Oleh: Nik Nur Zakia Abdullah@IMedikel TV
Kurma adalah salah satu makanan sunnah yang sentiasa menjadi pilihan utama di bulan Ramadan.
Ini kerana, terdapat banyak kebaikan apabila kita menjamah kurma. Ramai juga menginovasi kurma menjadi menu di dalam masakan.
Seperti yang kita tahu kurma mengandungi nutrisi yang baik untuk tubuh badan.
Kurma juga kaya dengan kalori, karbohidrat, vitamin, mineral dan serat serta antioksidan yang menjadi pelindung daripada pelbagai penyakit berbahaya.
Menurut portal hellodoktor sebiji buah kurma kering mengandungi sekitar 18 gram karbohidrat dan juga 67 kalori.
Antara khasiat buah kurma yang lain untuk kesihatan adalah:
- Kaya dengan protein dan serat
- Membantu mengurangkan risiko penyakit jantung
- Mencegah masalah sembelit
- Mengandungi vitamin A, B1, B2, B3, potasium, zat besi dan kalsium
- Baik untuk kesihatan tulang
- Mengandungi fluorin yang membantu merawat masalah gigi
- Mencegah masalah anemia
- Mengandungi antioksidan yang tinggi

Seterusnya dalam artikel kali ini, penulis akan berkongsi kebaikan kurma. (says.com)
- Membekalkan sumber tenaga
- Pada bulan puasa, kebiasaannya tubuh badan kita akan menyerap kurang nutrisi di dalam badan disebabkan kita hanya makan ketika sahur dan buka saja.
- Untuk mengekalkan sumber tenaga yang ada untuk melakukan rutin harian, kita perlu makan buah kurma ketika sahur dan buka puasa. Hal ini disebabkan buah kurma mengandungi kandungan glukosa yang memberikan kalori yang cukup sebagai sumber tenaga tubuh badan.
2. Melancarkan sistem pencernaan
- Disebabkan kurma mengandungi tinggi serat, ia akan melancarkan sistem pencernaan tubuh badan anda. Terutamanya ketika bulan puasa, kita akan berbuka dengan portion yang banyak kerana seharian bertahan lapar.
- Oleh itu, dengan makan kurma ia akan membantu anda melancarkan pergerakan usus besar dan mengelakkan sembelit.
3. Mengurangkan rasa haus dan lapar
- Kandungan mineral dalam kurma yang cukup tinggi dapat membantu anda agar tidak cepat dahaga ketika seharian berpuasa. Begitu juga dengan kandungan glukosa yang ada di dalam kurma, ia membantu anda untuk tidak merasa lapar.
- Kebiasaannya, anda disarankan untuk makan 3 butir buah kurma seperti yang diamalkan oleh Nabi Muhammad.
4. Mengandungi antioksidan yang tinggi
- Antioksidan seperti vitamin E, asid fenolik dan juga vitamin A yang ada dalam buah kurma mampu untuk menyahaktifkan radikal bebas ini dengan memberikan elektron bebas untuk menstabilkannya. Oleh sebab itu, dengan makan kurma boleh mengurangi risiko terkena sebarang penyakit.
5. Pemanis semula jadi
- Disebabkan kurma tidak mempunyai sebarang gula tambahan, ia memang selamat dimakan. Kurma mengandungi fruktosa yang memberi kemanisan di setiap gigitan. Kurma juga boleh menjadi alternatif kepada gula putih.
- Jika anda amalkan makan kurma, anda akan mempunyai energi dan tidak mudah mengantuk selepas berbuka puasa.
6. Meningkatan kesihatan otak
- Makan kurma juga dapat membantu untuk meningkatkan fungsi otak. Sebuah kajian menyatakan bahawa makanan yang dicampur dengan kurma memiliki memori dan kemampuan belajar yang jauh lebih baik.
- Selain itu, kurma dapat membantu menurunkan infeksi dan mencegah pembentukan plak otak yang penting untuk mencegah penyakit Alzheimer.
IMedikel TV






