Home Buletin Semasa 50 MOTOSIKAL BERKUASA TINGGI MERIAHKAN KONVOI KEMBARA JUBLI EMAS DI KRT GUNUNG...

50 MOTOSIKAL BERKUASA TINGGI MERIAHKAN KONVOI KEMBARA JUBLI EMAS DI KRT GUNUNG RENG

535
0

Oleh: Nur Athirah Azman@IMedikel TV

JELI: Kira-kira 50 motosikal berkuasa tinggi menyertai Konvoi Kembara Jubli Emas ke Kawasan Rukun Tetangga (KRT) Gunung Reng bagi memeriahkan seri konvoi tersebut sempena ulangtahun ke-50 Rukun Tetangga, di sini, semalam.

Ketua Pengarah Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional, Datuk Che Roslan Daud, menerusi konvoi tersebut pihaknya menjelajah enam negeri bermula di Selangor, Negeri Sembilan, Pahang, Terengganu, Kelantan dan berakhir di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

“Ini adalah program yang julung kali diadakan sempena Jubli Emas. Kembara ini diadakan untuk mempromosikan Tahun Keemasan KRT ke 50. KRT sudah wujud bermula pada tahun 1975.

“Kita berharap dengan program ini ia menjadi satu wadah atau platform yang kita gunakan untuk war-warkan supaya masyarakat kita tahu KRT ini masih kekal relevan untuk membantu masyarakat dan komuniti terutamanya untuk mewujudkan perpaduan yang lebih erat dan kukuh,”katanya.

Menurut Che Roslan kembara tersebut diadakan selama empat hari bermula 29 Mei hingga hari ini.

Katanya untuk hari ketiga program itu, pihaknya memilih Gunung Reng sebagai destinasi di Kelantan sebelum melabuhkan kembara di ibu negara hari ini.

Menurut beliau hentian Gunung Reng turut menjadi perhatian kerana pelbagai aktiviti diadakan bersama KRT tersebut dan rakan strategik yang terbabit.

“Rakan-rakan strategik kita ramai termasuk I Medikel yang hadir setia dengan kita untuk membantu dan Angkatan Pertahanan Awam (APM), Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang turut membantu melancarkan lalu lintas supaya pergerakan lebih lancar.

“KRT Gunung Reng ada banyak aktiviti yang menyerlahkan identiti komuniti itu dan patut kita war-warkan bahawa komuniti ini bersama-sama memerai (menangkap) ikan,” katanya.

Beliau berkata, pihaknya sentiasa membantu masyarakat komuniti terutama bagi mewujudkan perpaduan erat dan kukuh.

Dalam pada itu, beliau turut memperkenalkan logo baharu untuk  Jubli Emas dan KRT.

“Kita mencipta logo baharu sesuai dengan fungsi dan peranan KRT sebab itu dalam logo yang baharu temanya ialah “Memperkasa Komuniti dan Memperkukuh Perpaduan,” katanya.

Kembara Jubli Emas Rukun Tetangga membabitkan 20 “check point” , 140 KRT, 119.5km membabitkan enam negeri bagi menyampaikan mesej perpaduan ke seluruh negara.

Hadir sama Timbalan Presiden IMedikel, Hasnah Zakaria.

IMedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here