Home Luar Negara CEROBOH KAWASAN PAHLAWAN TERRACOTA, LELAKI DITAHAN

CEROBOH KAWASAN PAHLAWAN TERRACOTA, LELAKI DITAHAN

314
0

BEIJING: Seorang lelaki mencetuskan kekecohan di Muzium Pahlawan Terracotta yang terkenal di dunia apabila dia bertindak memanjat pagar dan terjun ke dalam salah satu tapak pameran.

Memetik laporan AFP menerusi Harian Metro, tindakannya itu menyebabkan dua artifak Pahlawan Terracotta rosak.

Lelaki berusia 30 tahun itu sedang melawat muzium yang menempatkan Tentera Terracotta di bandar Xi’an pada Jumaat apabila dia memanjat pagar pengawal dan jaring pelindung lalu melompat,” kata pegawai keselamatan awam dalam satu kenyataan.

Lelaki bernama Sun itu didapati mengalami masalah mental dan kes itu sedang disiasat.

Dia menolak dan menarik pahlawan tanah liat dan dua daripadanya rosak pada tahap yang berbeza-beza,” kata kenyataan itu.

Dibina sekitar 209 SM untuk mengawal makam maharaja pertama, Tentera Terracotta yang terdiri daripada 8,000 pahlawan adalah salah satu penemuan arkeologi terpenting China dan dianggap sebagai simbol kecanggihan seni dan ketenteraan China purba.

Sebagai tarikan pelancong utama di Xi’an, ibu kota wilayah Shaanxi utara, ia telah menjadi tapak warisan dunia UNESCO sejak 1987.

Seorang pekerja di muzium memberitahu AFP pada Sabtu bahawa pameran itu dibuka seperti biasa. – AFP, HMetro Online –

IMedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here