Home Buletin Semasa 4,000 SYARIKAT JADI KUMPULAN PERTAMA TERBABIT E-INVOIS

4,000 SYARIKAT JADI KUMPULAN PERTAMA TERBABIT E-INVOIS

123
0

KUALA LUMPUR: Sebanyak 4,000 syarikat yang mempunyai pendapatan melebihi RM100 juta disasarkan menjadi kumpulan pertama terbabit pelaksanaan e-invois yang dilaksanakan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) mulai 1 Jun, tahun hadapan.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Dr Mohd Nizom Sairi, berkata ujian awal pelaksanaan e-invois itu dijangka bermula Mac, membabitkan syarikat yang sudah bersedia dengan sistem pembayaran cukai baharu itu.

Katanya, projek rintis Mac itu terbuka kepada mereka yang sudah bersedia melaksanakan sistem baharu itu.

Foto: BH

“Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) dalam rangka libat urus dengan pelbagai pihak bagi mendapat maklum balas supaya pelaksanaan sistem itu berjalan lancar,” katanya kepada media selepas sesi libat urus dengan petugas media dan wakil industri di sini, hari ini.

Pelaksanaan e-invois diperkenal bagi meningkatkan kecekapan pentadbiran cukai, dalam masa yang sama memudahkan pembayar cukai menyimpan dan mengawasi rekod kewangan masing-masing.

Berita lanjut menyusul…

Sumber BH Online

Imedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here