NEW JERSEY:Jerung putih besar sepanjang 3.7 meter dikesan di luar pantai Carolina Selatan, minggu lalu.
Portal CNN melaporkan, haiwan itu ditemukan setahun selepas dikesan berhampiran pantai, di sini.
Portal CNN melaporkan, Ironbound, seekor jerung putih besar dewasa seberat kira-kira 539 kilogram (kg) dikesan dua kali berhampiran Carolina Selatan pada pagi Khamis lalu.

Ia berdasarkan maklumat diperoleh daripada OCEARCH, sebuah kumpulan penyelidikan marin tanpa keuntungan yang menyediakan data sumber terbuka mengenai penghijrahan jerung.
Jerung itu pertama kali dikesan pada 3 Oktober 2019, di perairan sekitar Nova Scotia dan dinamakan sempena Pulau Ironbound Barat, Kanada.
OCEARCH menangkap dan memasang penjejak pada jerung itu, yang berbunyi setiap kali haiwan itu muncul di permukaan laut sebagai usaha yang bertujuan untuk meningkatkan pengumpulan data.
Akhir April tahun lalu, jerung diberi nama Ironbound itu dikesan di luar pantai New Jersey.
Ketika itu, ia berumur kira-kira 20 tahun, kata Bob Hueter, ketua saintis di OCEARCH.
Sejak itu, Ironbound berenang kira-kira 15,186 batu (kira-kira 24,439 kilometer) berdasarkan data OCEARCH.
Jerung putih besar di Lautan Atlantik berhijrah setiap tahun, menghabiskan musim panasnya di perairan utara berhampiran Kanada.
Pada musim sejuk, ia berenang ke kawasan perairan selatan di Teluk Mexico, kata Hueter.
Sumber HMetro Online
Sumber AGENSI
Imedikel TV






