Home Buletin Semasa 40 PEKERJA KILANG CEMAS BAS DINAIKI REMPUH 3 KENDERAAN

40 PEKERJA KILANG CEMAS BAS DINAIKI REMPUH 3 KENDERAAN

104
0

Klang, SELANGOR: Seramai 40 pekerja kilang berdepan detik cemas apabila bas kilang yang dinaiki mereka merempuh tiga kenderaan termasuk sebuah bas dalam kejadian di susur keluar Lebuhraya Shah Alam (KESAS) menghala ke Telok Gong, pagi tadi.

Dalam kemalangan itu, pemandu bas kilang mengalami patah paha kanan akibat tersepit manakala sembilan lagi penumpang mengalami kecederaan ringan.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Muhammadul Ehsan Mohd Zain berkata, berdasarkan maklumat bas itu dipandu lelaki berusia 48 tahun dan membawa 40 pekerja kilang.

Katanya, sebaik menerima laporan kecemasan mengenai kejadian itu, sepasukan pegawai dan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Pelabuhan Klang bergegas ke lokasi kejadian.

“Bas itu merempuh bas kilang lain dan dua kereta di hadapannya. Akibat kemalangan itu, pemandu bas kilang tersepit dan patah paha kanan.

“Pihak bomba berjaya mengeluarkan mangsa yang tersepit kira-kira jam 8.25 pagi menggunakan peralatan khas,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Selain itu, katanya, terdapat sembilan mangsa pekerja warga asing mengalami cedera ringan manakala pemandu bagi tiga kenderaan lain pula tidak mengalami kecederaan.

“Kesemua mangsa yang cedera dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) untuk rawatan lanjut,” katanya.

Sumber: HMetro Online

Imedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here