Home Luar Negara 4 MAUT, 38 HILANG SELEPAS FERI KARAM BERHAMPIRAN BALI

4 MAUT, 38 HILANG SELEPAS FERI KARAM BERHAMPIRAN BALI

JAKARTA: Sekurang-kurangnya empat orang maut, 38 masih hilang dan 23 terselamat selepas sebuah feri yang membawa 65 penumpang karam berhampiran pulau Bali, Indonesia.

Memetik laporan Reuters menerusi Berita Harian, usaha mencari dan menyelamat mangsa yang masih hilang sedang giat dijalankan, menurut laporan saluran berita MetroTV, yang memetik kenyataan Agensi Mencari dan Menyelamat Indonesia.

Feri berkenaan, KMP Tunu Pratama Jaya, karam kira-kira setengah jam selepas berlepas dari pelabuhan Ketapang di Jawa Timur lewat Rabu, menurut kenyataan berasingan agensi itu pada Khamis. – REUTERS, BH Online

IMedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here