Oleh: Afrizam Arif@Imedikel TV
TANAH MERAH: Seramai 22 juta umat Islam didapati berbelanja hampir RM5.4 bilion di bazar ramadan di seluruh negara tahun lalu, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.
Beliau berkata kenyataan itu adalah berdasarkan kajian Pakar Ekonomi Universiti Sains dan Teknologi (MUST).
“Berbelanja itu pastinya boleh tetapi sentiasa ingat, kita jangan membazir dan ianya bertentangan dengan hakikat Ramadan yang seharusnya menjadi bulan mendidik umat Islam bersederhana serta tidak membazir.
“Kita dapati bahawa secara purata 805 kilogram dibazirkan oleh setiap individu.
“Ini bukan saya kata, tetapi kajian itu (kata) dan saya fikir ini boleh dijadikan sebagai panduan oleh kita umat Islam, beli-beli boleh, namun jangan ikut selera tekak,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Majlis Santunan Kasih Ramadan di Masjid Batang Merbau, Tanah Merah, semalam.
IMedikel TV






