Home Buletin Semasa 2 MAUT, VAN BERTEMBUNG TRELER

2 MAUT, VAN BERTEMBUNG TRELER

117
0

Tanah Merah, KELANTAN: Ketua Polis daerah Tanah Merah, superintendan Mohd Haki Hasbullah, berkata van yang dipandu Muhamadd Isyhad dari arah jeli menghala ke Tanah Merah.

Katanya sebaik tiba di lokasi, pemandu dipercayai ingin memotong kenderaan lain sebelum berlanggar dengan treler yang datang dari arah bertentangan sehingga menyebabkan kenderaan berat itu terbalik di atas jalan.

Tambahnya pemandu dan penumpang van tersepit dalam kenderaan dan meninggal dunia di lokasi kejadian.

Beliau berkata demikian dalam kenyataan media, hari ini.

Beliau berkata, kedua-dua mangsa mengalami kecederaan parah di bahagian badan serta kepala dan dibawa ke hospital tanah merah untuk proses bedah siasat.

Kes disiasat mengikut seksyen 41 (1) akta pengangkutan jalan (apj) 1987.

Sumber BH Online

Imedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here