Rio De Janeiro, BRAZIL: Sekurang-kurangnya 14 maut apabila sebuah pesawat terhempas di Amazon, Brazil di bandar utara Barcelos, semalam.
Menurut ciapan gabenor Amazonas di laman X, Wilson Lima, mangsa terdiri 12 penumpang dan dua anak kapal yang terbunuh dalam nahas itu.
Memetik laporan AFP menerusi berita harian, ia dilaporkan dalam perjalanan dari ibu negeri, Manaus ke Barcelos, kira-kira 90 minit penerbangan.
Laporan media Brazil juga menyatakan tiada mangsa yang terselamat dalam nahas itu.
Bagaimanapun, pegawai negeri enggan mengulas untuk butiran lanjut.
Sementara itu, laman berita UOL, berkata penumpang adalah warga Brazil yang melakukan perjalanan ke rantau ini untuk aktiviti memancing, memetik setiausaha keselamatan negara, Vinicius Almeida.
Laman berita G1 melaporkan, pesawat berkenaan adalah jenis EMB-110 dengan 18 penumpang. -AFP, BH Online-
IMedikel TV






