Oleh: Nik Nur Zakia Abdullah@IMedikel TV
PASIR MAS: Sebanyak 120kg beras dirampas dipercayai untuk diseludup ke pasaran tempatan, di Cabang Tiga, Repek, di sini, pada Rabu.
Komander Briged Tenggara PGA, Senior Asisten Komisioner, Datuk Nik Ros Azhan Nik Ab Hamid, berkata Batalion (BN) 7 Pasukan Gerakan Am (PGA) turut menahan seorang lelaki berumur 34 tahun dalam Op taring, di sini.

“Hasil pemeriksaan mendapati beberapa bungkusan beras anggaran 120kg dipercayai diseludup dari Thailand ditemui di dalam kenderaan jenis Toyota Hilux tanpa dokumen yang sah.
“Kami turut menahan seorang lelaki m dipercayai menjadi penghantar untuk menyeludup beras tersebut ke pasaran tempatan,”katanya dalam kenyataan hari ini.
Menurut beliau anggaran nilai rampasan sebanyak RM90,480 dan kes disiasat di bawah Seksyen 20 Akta Kawal Selia Padi dan Beras Negara 1994.
“Suspek dan barang rampasan dibawa ke Komtak Jeram Perdah untuk tindakan selanjutnya,”katanya.
IMedikel TV






