Home Hiburan ZAKI YAMANI TAK SELESA, DAKWA BERDEPAN GANGGUAN SEKSUAL

ZAKI YAMANI TAK SELESA, DAKWA BERDEPAN GANGGUAN SEKSUAL

150
0

KUALA LUMPUR: Penyanyi Zaki Yamani pernah berdepan hampir menjadi mangsa perbuatan kurang senonoh di mana pehanya dipegang dalam situasi sangat kurang menyenangkan oleh seorang individu sewaktu zaman sekolah.

Memetik laporan Harian Metro, Zaki atau nama sebenarnya Ahmad Zaki Yamani Jamal Ubaidillah, 19, berkata individu yang terbabit bekerja dalam bidang produksi itu membuat percubaan meletakkan tangan di atas ribanya ketika berada dalam sebuah bilik.

“Masa kejadian ketika sedang bekerja, saya ada jumpa seseorang dan dia panggil saya masuk bilik. Dia mula sentuh saya, letak tangan atas riba saya, kata saya tampan, muka saya jambu.

“Benda itu buatkan saya tak selesa. Dari situ saya tahu yang orang ini bukan nak bagi kita kerja atau rezeki tapi sebaliknya, saya terus bangun, keluar daripada bilik. Nasib baik ibu saya ada di kawasan itu,” katanya sewaktu ditemui pada majlis apresiasi drama TikTok FYP Macam VIP, di sini, semalam.

Kejadian terbabit antara yang membuatnya sentiasa berhati-hati dan pastikan sentiasa membawa ibunya Fatimatuzahra Samat, 42, di sisi terutama ketika bertemu individu baharu atas urusan kerja.

“Sekarang ini apa-apa sahaja kalau kerja yang tiba-tiba panggil ke bilik saya akan bawa ibu saya sebab saya lebih selesa kalau dia ada,” katanya lagi.

Tidak ketinggalan, Zaki turut mendedahkan pernah ditawarkan bayaran puluhan ribu oleh seorang wanita yang berniat serong. Mulanya, dia teruja kerana ingatkan tawaran terbabit adalah atas tujuan kerja.

“Saya ada dapat DM (mesej langsung) dari TikTok, seorang perempuan tua dia ada tawar nak bayar saya dalam puluhan ribu. Saya ingatkan kerja. Jadi, saya pun balas mesej, dia tanya boleh tak nak video ‘call’ (panggilan video).

“Saya terus sekat dia, saya tak bodoh. Perkara ini saya tak beritahu pada ibu saya sebab saya rasa sekarang dah akal, sudah pandai berfikir, Jadi, benda-benda begini kita kena tepis terus,” katanya.

Penyanyi lagu Percayalah itu bagaimanapun tidak menceritakan atau berkongsi perkara terbabit dengan bapanya yang juga penyanyi, Datuk Jamal Abdillah.

“Tak, saya tidak pernah cerita apa-apa pun yang terjadi pada saya, dulu masa mula-mula menyanyi pun saya tak beritahu dia. SPM (Sijil Pelajaran Malaysia) saya habis ke apa semua saya tak ada cakap dekat dia pun.

“Nak berlakon pun dia tak tahu, mungkin ada orang bagi tahu dia tapi daripada saya memang tidak kongsikan sampai sekarang. Cuma kalau dia tanya baru saya akan beritahu dia,” katanya.

Terdahulu, kecoh pelakon Alqal Sahar membuat pendedahan mengejutkan mendakwa pernah menjadi mangsa amang seksual seorang pengarah ketika masih kanak-kanak.

Dalam perkembangan lain, Zaki antara bintang utama drama FYP Macam VIP sebuah siri TikTok hasil kerjasama strategik antara McDonald’s Malaysia dan Media Prima selain Rykarl Iskandar, Mia Sara Nasuha dan Serra Kamal.

Drama itu yang akan ditayangkan secara eksklusif di platform TikTok rasmi Drama Sangat iaitu @dramasangat bermula hari ini, jam 9 malam, setiap hari Rabu dan Khamis. – HMetro Online –

IMedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here