Home Buletin Semasa YWM NAFI TERLIBAT SINDIKET PENIPUAN

YWM NAFI TERLIBAT SINDIKET PENIPUAN

289
0

Oleh: Nur Athirah Azman@IMedikel TV

PUTRAJAYA: Yayasan Waqaf Malaysia (YWM) menegaskan orang ramai agar tidak terpedaya dengan sindiket penipuan sebuah platform melalui Hubspot.Inc yang mempergunakan nama YWM dan Tabung Musa’adah JAKIM-YWM bagi tujuan kutipan sumbangan secara tidak sah.

YWM dalam kenyataan semalam berkata, pihaknya menerima aduan berhubung kewujudan sindiket penipuan itu dan mengingatkan orang ramai supaya lebih berhati-hati.

“Modus operandi penipuan ini dilakukan oleh sebuah platform melalui HubSpot,Inc di mana orang ramai dijemput menyertai kumpulan WhatsApp dan Telegram, kemudian diminta atau dipaksa membuat sumbangan dengan janji ganjaran wang tunai sebagai pulangan.

“YWM menegaskan bahawa pihaknya tidak pernah menjalin kerjasama, perjanjian atau pengiktirafan bersama pihak HubSpot.Inc untuk tujuan kutipan Tabung Musa’adah JAKIM-YWM atau Tabung Sa’adah JAKIM-YWM atau mana-mana tabung serta dana wakaf anjuran YWM,” jelas kenyataan semalam.

Justeru, YWM menasihatkan orang ramai supaya mengabaikan tawaran, jemputan atau iklan sumbangan wakaf yang disebarkan melalui platform HubSpot.Inc, kumpulan WhatsApp dan Telegram atau saluran tidak sah.

Kenyataan itu memaklumkan YWM memandang serius perkara berkenaan dan tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap mana-mana pihak yang menyalahgunakan nama yayasan dan nama-nama produk untuk tujuan penipuan.

Sebarang maklumat atau aduan berkaitan penipuan boleh disalurkan terus ke pihak YWM melalui saluran rasmi iaitu emel info@ywm.gov.my dan WhatsApp YWM di talian 019-2007481.

IMedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here