Home Hiburan YUNA IDAM JADI IBU

YUNA IDAM JADI IBU

SHAH ALAM: Penyanyi Yuna yang sudah lapan tahun mendirikan rumah tangga dengan Adam Sinclair, melahirkan hasrat untuk menimang cahaya mata pada tahun depan.

Memetik laporan Harian Metro, Yuna atau Yunalis Mat Zara’ai, 39, berkata, impian itu semestinya ada dan ia menjadi matlamat utamanya selain sukses dengan kerjaya seni serta penjagaan kesihatan.

“Sudah tentu saya ada perancangan mahu ada keluarga sendiri, itu antara ‘goals’ saya dalam hidup. Itu antara perkara yang penting bagi saya selain muzik dan kesihatan.

“Bila usia 39 ini, saya sudah mula rasa sakit belakang. Macam kita tahu, kita kenalah jaga diri dengan berdiet dan bersenam. Dan tentu kamu tahu saya nak sangat ada anak dengan Adam.

“Sekarang kami berada di tempat yang betul. Kami dah kembali ke Malaysia dan kami sedang berada dalam fasa yang penuh kasih sayang,” katanya ditemui pada sidang media konsert The Valour Hour semalam.

Yuna yang baru tampil dengan single If You Don’t Love Me, tidak mahu mengulas kemungkinan menggunakan kaedah moden seperti IVF dan

meminta semua pihak mendoakannya.

Mereka juga enggan terburu-buru, sebaliknya menyerahkan sepenuhnya kepada rezeki Allah.

“Keluarga pun sangat menyokong.

“Cuma belum ada rezeki lagi. Insya-Allah, kita tengoklah nanti. Percayalah, kami memang sedang berusaha (berikhtiar), tetapi rasanya tidak perlulah saya kongsikan secara terperinci.

“Sebabnya, kita tidak tahu apa yang akan berlaku pada masa hadapan, kan? Jadi bagi saya, lebih elok jika perkara ini disimpan sebagai hal peribadi. Cuma kepada peminat, ya, saya memang merancang dan teringin untuk menjadi seorang ibu.

“Itu memang impian saya sejak dulu lagi. Buat masa ini, saya hanya menjadi ‘ibu’ kepada kucing-kucing saya sahaja. Itulah ‘baby’ saya. Namun, tentang bagaimana kami berusaha ke arah itu, biarlah kami simpan sendiri sahaja,” katanya.

Yuna dan Adam mendirikan rumah tangga pada 26 Januari 2018 pada majlis tertutup di Puncak Rimba, Bentong, Pahang.

Sementara itu dalam perkembangan lain, Yuna akan menjayakan konsert solo The Valour Hour yang bakal berlangsung di Zepp Kuala Lumpur pada 7 Februari tahun depan.

Tiket konsert akan mula dijual pada 8 Disember untuk Yunationals, 9 Disember bagi pra-jualan dan dibuka kepada umum pada 11 Disember ini.-HMetro Online-

IMedikel TV   

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here