Home Sukan WOOI YIK NAFI MAHU TINGGALKAN BAM, KEKAL SETIA DENGAN AARON

WOOI YIK NAFI MAHU TINGGALKAN BAM, KEKAL SETIA DENGAN AARON

50
0

KUALA LUMPUR: Memetik laporan menerusi Berita Harian pemain beregu lelaki negara, Soh Wooi Yik menegaskan dia tidak pernah terlintas untuk meninggalkan Persatuan Badminton Malaysia (BAM) mahupun berpisah dengan pasangannya, Aaron Chia bagi bergerak secara profesional.

Penjelasan itu dibuat susulan kekecohan dalam kalangan peminat di media sosial minggu lalu selepas Wooi Yik menukar bio di laman Instagram miliknya kepada ‘Pro Badminton Player’, yang mencetuskan pelbagai spekulasi mengenai masa depannya.

Mengulas perkara itu, Wooi Yik berkata perubahan berkenaan tidak membawa maksud dia mahu meninggalkan BAM, sebaliknya hanya mencerminkan profesionalisme dirinya sebagai seorang pemain badminton.

“Saya rasa saya tak ada apa nak jawab. Media sosial itu benda peribadi saya dan saya tak ada berniat apa-apa. Saya buat apa yang saya rasa untuk diri saya,” katanya ketika ditemui di Akademi Badminton Malaysia (ABM) di sini, hari ini.

Ketika ditanya sama ada dia pernah terfikir untuk meninggalkan BAM, pemain berusia 28 tahun itu menegaskan perkara itu tidak pernah terlintas dalam fikirannya.

“Tak ada niat,” katanya ringkas.

Mengulas lanjut mengenai maksud di sebalik penggunaan frasa ‘Pro Badminton Player’, Wooi Yik mengakui ia lebih merujuk kepada tahap profesionalisme mengenai prestasinya di gelanggang.

“Ya, macam itulah,” katanya.

Terdahulu, perubahan ringkas pada bio Instagram itu mencetuskan pelbagai reaksi dalam kalangan peminat, dengan ada yang mengaitkannya sebagai petanda dia mungkin mahu bergerak secara profesional di luar naungan BAM.

Sebagai rekod, gandingan Aaron-Wooi Yik yang kini menghuni ranking nombor dua dunia masih mempunyai kontrak bersama BAM sehingga temasya Olimpik Los Angeles 2028. – BH Online –

IMedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here