Home Buletin Semasa WARGA EMAS MENINGGAL JATUH PARIT, TAK SEMPAT SOLAT MAGHRIB

WARGA EMAS MENINGGAL JATUH PARIT, TAK SEMPAT SOLAT MAGHRIB

35
0

Oleh: Rahimi Hashim@IMedikel TV

KUANTAN: Seorang warga emas, Ishak Daud menemui ajal selepas dipercayai terbabas sebelum terjunam ke dalam parit konkrit bersama motosikal di hadapan Masjid Ittifaqiah Taman Sri Inderapura (MITSI), di sini, petang semalam.

Kejadian berlaku ketikawarga emas berusia 75 tahun itu dalam perjalanan menunaikan solat Maghrib di masjid

Pengerusi MITSI, Ideris Abu Bakar berkata, kemalangan tersebut menyebabkan arwah jatuh ke dalam parit bersama motosikal hingga menyebabkan kecederaan serius dibahagian dahi.

“Setiap hari arwah berkunjung ke masjid untuk menunaikan solat lima waktu secara berjemaah, kehilangannya amat dirasakan terutama arwah merupakan individu yang sentiasa mesra dan ceria,”katanya, di sini hari ini.

Menurutnya, jarak rumah arwah dengan Masjid Ittifaqiah kira-kira 500 meter dan difahamkan arwah akan menunaikan umrah bersama anak perempuannya bulan depan.

“Anak arwah mendakwa kesihatan ayahnya kurang memuaskan semalam hingga menyebabkan dia agak lemah terutama selepas tiada selera makan. Dia juga mengalami sakit perut hingga beberapa kali ke tandas.

“Petang semalam anak arwah melarang dia ke masjid selepas keadaanya agak lemah namun mangsa tetap berkeras, mangsa bertindak menggunakan motosikal anaknya selepas kunci motosikalnya gagal ditemui,”katanya.

Beliau berkata, kejadian yang berlaku semalam akan kekal dalam lipatan sejarah Masjid Ittifaqiah apabila berlaku kematian jemaah yang dalam perjalanan menuju ‘Rumah Allah’ untuk menunaikan solat Maghrib. Jenazah dikebumikan di Tanah Perkuburan Taman Indera Sempurna.

“Tahun lalu seorang Ahli Jawatankuasa MITSI meninggal dunia ketika sedang menunaikan solat sunat sebelum subuh, pada Aidiladha lalu dua jemaah cedera ditanduk lembu korban,” katanya.

IMedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here